CUTI SEKOLAH

CUTI SEKOLAH

Ahad, 21 September 2008

SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SALLEH

Sekolah Kebangsaan Sungai Salleh mula dibina pada tahun 1949. Dulunya ia dikenali sebagai SK Batu Lintang Estet. Ini adalah kerana ia terletak didalam ladang Batu Lintang.


  1. Guru Besar yang pertama ialah Encik Saad.

  2. Guru Besar yang ke dua ialah Tuan Haji Mohd Noh.

  3. Guru Besar yang ke tiga ialah Encik Mohd Noh bin Ahmad bersara pada tahun 1961.

  4. Guru Besar yang ke empat ialah Tuan Hj Hamid Abdullah. Kemudian ditukarkan ke SK Air Putih.

  5. Guru Besar yang ke lima ialah Tuan Hj Darus bin Abdullah. Bertugas mulai 1.1.1965.

  6. Guru Besar yang ke enam ialah En. Yusoff, meninggal dalam perkhidmatan.

  7. Guru Besar yang ke tujuh ialah En. Shukri bin Din, bertukar ke SK Jalan Selama pada 15.5.1995

  8. Guru Besar yang ke lapan ialah Tuan Hj. Abdullah bin Aziz, mula bertugas pada 16.5.1995 hingga 30.10.1997. Bertukar ke SK Selama,Kedah.

  9. Guru Besar ke sembilan ialah Tuan Hj. Abu Bakar bin Ashari, Bertugas mulai 31.101997 hingga 15.8.1999, kemudian bertukar ke SK Sungai Kob.

  10. Guru Besar yang ke sepuluh ialah En. Mohd Akhir bin Ismail. Mula bertugas pada 16.08.1999. Bertukar ke SK Kulim Bandar pada 16.2.2001

  11. Guru Besar yang ke sebelas ialah En. Abdul Rani bin Hussain, mula bertugas pada 16.2.2001 hingga 31.12.2001. Bertukar ke SMK Selama sebagai Guru Penolong Gred DG41.

  12. Cikgu Mohd Rejab memangku tugas guru besar mulai 1.1.2002 hingga 30.6.2004.

  13. Guru Besar yang ke dua belas ialah En. Basaruddin bin Hj. Hassan Bertugas mulai 16.3.2003 hingga 1.7.2004. Bertukar ke SK Dataran Muda.

  14. Guru Besar yang ke tiga belas ialah En. Ahmad Ani bin Lebai Osman mulai 1.8.2004 hingga 9.7.2005 kerana bersara wajib.

  15. Guru Besar yang ke empat belas ialah Puan Radziah bt Abdul. Bertugas mulai 10.7.2000 hingga ...
  16. Guru Besar yang ke lima belas ialah Puan Ruzaidah bt Majid, mulai bertugas pada 20.8.2006 hingga 15.8.2007.
  17. Guru Besar yang ke enam belas ialah Puan Rosidah bt Abdullah, mulai bertugas pada 16.8.2007 hingga 12.5.2008.
  18. Guru Besar yang ke tujuh belas ialah En. Md Isa bin Saad, mulai bertugas pada 16.5.2008 hinggalah sekarang.

Sehingga tahun 1966 sekolah ini hanya mengambil murid sehingga darjah 4 sahaja. Selepas darjah empat semua pelajar akan menyambung pelajaran mereka di Sekolah Kebangsaan Melayu Serdang.


Pada tahun 1967, Lembaga pengurus sekolah telah mengambil inisiatif untuk membuat permohonan bagi mendapatkan bangunan baru. Mengikut surat rayuannya P.P.K. 02249(76), permohonan itu telah di terima pada November 1967. Pembinaanya bermula dalam Rancangan Malaysia pertama 1966-1970.


Bangunan sekolah baru dibina diatas tanah seluas 3.5 ekar. Terletak di tebing Sungai Salleh, satu km dari tempat tapak sekolah asal. Pembinaanya siap dan mula digunakan pada 25 Ogos 1968. Bangunan utamanya mengandungi 4 bilik darjah, sebuah pejabat dan sebuah kantin.


Pada Ogos 1974, Sekolah Rendah Batu Lintang Estet digantikan dengan nama SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SALLEH. Oleh kerana pelajar semakin bertambah, Lembaga Pengurus sekolah dan orang kampung telah bergotong-royong membina bangunan tambahan seluas 30 x 20 kaki.


Pada tahun 1982, sebuah bangunan dua tingkat telah dibina bagi menampung kemasukan pelajar yang semakin meningkat. Bangunan itu mengandungi bilik pejabat, 4 bilik darjah, sebuah bilik perpustakaan, tandas dan sebuah setor.


Pada tahun 2003 sebuah bangunan 4 tingkat siap dibina. Bangunan ini mengandungi segala kemudahan asas yang terkini.


2 ulasan:

Unknown berkata...

Assalamualaikum saya adalah diantara pelajar generasi pertama yang berpeluang menimba ilmu di SKSS pada tahun 1968

Unknown berkata...

Masih ingat nama2 guru yang mendidik saya