CUTI SEKOLAH

CUTI SEKOLAH

Rabu, 11 Mac 2009

Persaraan Cikgu Puan Hajjah Rashidah bt Che Rus

BIODATA PUAN HAJAH RASHIDAH BT CHE RUS

Bermulanya kisah di Kg Batu 22, Jln Selama, Serdang, lahirnya seorang cahaya mata kepada Che Rus b. Lebai Osman dan Rokiah bt Hj Abu Samah. Beliau merupakan anak sulung daripada 11 orang adik-beradik.


Beliau memulakan persekolahan di Sekolah Kebangsaan Serdang Pusat atau kini dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Dato’ Hj Zainuddin di Serdang pada tahun 1960 hingga 1965. Beliau menyambung persekolahan beliau di Sekolah Menengah Serdang pada tahun 1966 hingga 1970.

Sesudah berakhirnya alam persekolahan pada tahun 1970, beliau memasang niat untuk berada dalam bidang perguruan kerana jiwanya seakan sebati di dalam arus perdana pendidikan pada waktu itu. Tanpa menoleh ke belakang , beliau mengorak langkah menimba pengalaman sebagai guru sandaran tidak terlatih di Sekolah Kebangsaan Sungai Batu, Serdang pada tahun 1978 hingga 1979.

Setelah sekian lama menanti untuk menyambung pengajian dalam bidang perguruan, beliau akhirnya berjaya diterima untuk melanjutkan pengajian beliau dalam pengkhususan Bahasa Melayu di Maktab Perguruan Kinta , Ipoh Perak sekitar tahun 1979 sehingga tahun 1981. Untuk pengetahuan para hadirin, beliau merupakan seorang pemain bola jaring dan terlibat secara aktif dalam bidang kesenian dan kebudayaan semasa pengajian beliau di sana.

Sekolah pertama beliau ditempatkan ialah Sekolah Kebangsaan Sungai Batu, Serdang pada tahun 1981 hingga 1982. Kemudian beliau berubah angin ke Sekolah Kebangsaan Jalan Selama, Serdang sekitar tahun 1983 hingga 1994. Akhir sekali beliau mengambil keputusan untuk terus kekal dan menabur jasa bakti beliau di Sekolah Kebangsaan Sungai Salleh dari tahun 1995 hinggalah ke hari ini.

Sepanjang perkhidmatan beliau sebagai pendidik, beliau pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC ) sebanyak 2 kali iaitu pada tahun 1997 dan tahun 2004. Beliau juga adalah guru yang bertanggungjawab dalam mengendalikan Kedai Buku Sekolah selama 6 tahun berturut-turut sehingga ke saat ini. Terima kasih kepada beliau……….

Beliau yang kini sudah 33 tahun berumahtangga bersama suami tercinta Tuan Hj Arshad b. Shariff dan dikurniakan 5 orang cahaya mata. Kini, beliau terus bahagia dengan kehadiran 4 orang cucu tersayang dalam meniti kehidupan yang mendatang.

Patah sayap bertongkat paruh
Menyerah kalah tidak sekali
Waktu bekerja bersungguhsungguh
Itulah bonda yang ku kenali
Beliau yang dimaksudkan disini ialah :

PUAN HAJAH RASHIDAH BT CHE RUS

Pertukaran PT Ke Sekolah Kebangsaan Selama



Che Yah bt Mohamad telah bertukar ke Sekolah Kebangsaan Selama Kedah, pada 09.03.2009.

Bertugas sebagai Pembantu Tadbir N17

Pihak Sekolah Kebangsaan Sungai Salleh mengucapkan ribuan terima kasih diatas jasa baik beliau disepanjang perkhidmatan beliau di sekolah ini. Selamat Bertugas di SK Selama.. dan Selamat Maju Jaya.. Dari Semua Guru-Guru serta Staf Sokongan dan Warga SKSS..