CUTI SEKOLAH

CUTI SEKOLAH

Selasa, 8 Disember 2009

Rabu, 13 Mei 2009

Selamat Hari Guru




SELAMAT HARI GURU

Informasi kini di hujung jari
Cabaran mendidik semakin tinggi
Kita perlu sedia berubah dan berhijrah
Mencorak bangsa di arus zamannya


Guru bestari penggerak wawasan
Melahirkan generasi terbilang
Menguasai ICT menjana nilai budi
Merentas sempadan globalisasi

*Demi agama, bangsa dan negara
Satukan hati dan semangat waja


C/o


Pendidikan bestari pemangkin kegemilangan
Budaya teknologi marilah semarakkan
Pendidikan bestari pemangkin kegemilangan
Menjamin kualiti merintis kejayaan



Khamis, 7 Mei 2009

Laman Web Jabatan Perkhidmatan Awam


Terdapat berbagai jenis tajuk mengenai Perjawat Awam dan Peperiksaan Jabatan serta panduan pekeliling perbendaharaan..


http://www.jpa.gov.my/

Kursus Pembinaan Laman Web Dinamik

Kepada semua Guru-Guru dan Staf Sokongan
Yang Berminat Mengikut Kursus Pembinaan Laman Web di Anjurkan oleh PPD Kota Star
Apa yang perlu dibuat klik di laman web seperti di bawah dan isi borang dan hantar secara on-line... Selamat Maju Jaya....

http://ppdks.net/etadbir/index.php?option=com_chronocontact&Itemid=102

Jika Boring Anda Boleh Pilih Lagu Kat Sini

Kepada semua yang meminanti lagu 80an melayu, orang putih dan hindustan
Anda perlu klik di laman web seperti di bawah, Anda boleh buat pilihan kat situ
Selamat Mencuba..

http://www.geocities.com/hassny52/

Peperiksaan Perkhidmatan Jabatan Pelajaran Negeri Kedah

Kepada semua guru dan staf

Peperiksaan PTK dan Peperiksaan Jabatan Staf Sokongan anda cuma perlu klik di laman web seperti tertera di bawah.
Terdapat berbagai tajuk seperti Panduan mengisi borang serta butir-butir yang perlu anda ketahuinya.
Sila layari laman web tersebut.
Selamat Mengisi Borang serta Selamat Menduduki Peperiksaan.


http://www.ptk.jpnkedah.net/

Ahad, 5 April 2009

Satu Lagi Blog SK Sungai Salleh

Assalamualaikum : Kepada Semua Guru-Guru Serta Staf Sokongan SKSS Untuk Membolehkan Aktiviti Sekolah ini berjalan dengan lancar lagi, saya tubuhkan satu blog baru bagi menampung blog yang sediada olehkerana blog yang sediada tak mampu mengisi data-data selanjutnya, jadi saya terpaksa mencipta satu blog baru untuk program dan aktiviti SKSS sahaja.

Kerjasama daripada semua pihak saya dahului dengan ucapan ribuan terimakasih...
Juruteknik Komputer SKSS
Apa yang perlu anda buat..... Cuma klik pada http seperti dibawah:-
http://programskss09.blogspot.com/

Rabu, 11 Mac 2009

Persaraan Cikgu Puan Hajjah Rashidah bt Che Rus

BIODATA PUAN HAJAH RASHIDAH BT CHE RUS

Bermulanya kisah di Kg Batu 22, Jln Selama, Serdang, lahirnya seorang cahaya mata kepada Che Rus b. Lebai Osman dan Rokiah bt Hj Abu Samah. Beliau merupakan anak sulung daripada 11 orang adik-beradik.


Beliau memulakan persekolahan di Sekolah Kebangsaan Serdang Pusat atau kini dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Dato’ Hj Zainuddin di Serdang pada tahun 1960 hingga 1965. Beliau menyambung persekolahan beliau di Sekolah Menengah Serdang pada tahun 1966 hingga 1970.

Sesudah berakhirnya alam persekolahan pada tahun 1970, beliau memasang niat untuk berada dalam bidang perguruan kerana jiwanya seakan sebati di dalam arus perdana pendidikan pada waktu itu. Tanpa menoleh ke belakang , beliau mengorak langkah menimba pengalaman sebagai guru sandaran tidak terlatih di Sekolah Kebangsaan Sungai Batu, Serdang pada tahun 1978 hingga 1979.

Setelah sekian lama menanti untuk menyambung pengajian dalam bidang perguruan, beliau akhirnya berjaya diterima untuk melanjutkan pengajian beliau dalam pengkhususan Bahasa Melayu di Maktab Perguruan Kinta , Ipoh Perak sekitar tahun 1979 sehingga tahun 1981. Untuk pengetahuan para hadirin, beliau merupakan seorang pemain bola jaring dan terlibat secara aktif dalam bidang kesenian dan kebudayaan semasa pengajian beliau di sana.

Sekolah pertama beliau ditempatkan ialah Sekolah Kebangsaan Sungai Batu, Serdang pada tahun 1981 hingga 1982. Kemudian beliau berubah angin ke Sekolah Kebangsaan Jalan Selama, Serdang sekitar tahun 1983 hingga 1994. Akhir sekali beliau mengambil keputusan untuk terus kekal dan menabur jasa bakti beliau di Sekolah Kebangsaan Sungai Salleh dari tahun 1995 hinggalah ke hari ini.

Sepanjang perkhidmatan beliau sebagai pendidik, beliau pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC ) sebanyak 2 kali iaitu pada tahun 1997 dan tahun 2004. Beliau juga adalah guru yang bertanggungjawab dalam mengendalikan Kedai Buku Sekolah selama 6 tahun berturut-turut sehingga ke saat ini. Terima kasih kepada beliau……….

Beliau yang kini sudah 33 tahun berumahtangga bersama suami tercinta Tuan Hj Arshad b. Shariff dan dikurniakan 5 orang cahaya mata. Kini, beliau terus bahagia dengan kehadiran 4 orang cucu tersayang dalam meniti kehidupan yang mendatang.

Patah sayap bertongkat paruh
Menyerah kalah tidak sekali
Waktu bekerja bersungguhsungguh
Itulah bonda yang ku kenali
Beliau yang dimaksudkan disini ialah :

PUAN HAJAH RASHIDAH BT CHE RUS

Pertukaran PT Ke Sekolah Kebangsaan Selama



Che Yah bt Mohamad telah bertukar ke Sekolah Kebangsaan Selama Kedah, pada 09.03.2009.

Bertugas sebagai Pembantu Tadbir N17

Pihak Sekolah Kebangsaan Sungai Salleh mengucapkan ribuan terima kasih diatas jasa baik beliau disepanjang perkhidmatan beliau di sekolah ini. Selamat Bertugas di SK Selama.. dan Selamat Maju Jaya.. Dari Semua Guru-Guru serta Staf Sokongan dan Warga SKSS..

Rabu, 11 Februari 2009

Laman Web SKSS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Laman Web SKSS yang dicadangkan tertera dibawah.
Sebarang komen dan cadangan tambahan untuk penambahbaikan laman web sekolah sila rujuk kepada Juruteknik Komputer Pusat Akses.

http://feb2.webs.com/ Anda perlu klik sekali disini untuk ke laman web ini
Laman Web SKSS

Isnin, 9 Februari 2009

Ahad, 8 Februari 2009

Rabu, 21 Januari 2009

stafskss_09 Blok Baru Untuk Perbincangan SKSS

Assalamualaikum dan Salam sejahtera
Kepada Semua Guru-Guru serta Staf Sokongan, SKSS baru tubuhkan satu lagi blok perbincangan didalam Kumpulan stafskss_09... Apa yang perlu kita lakukan utk mengakses ke kumpulan tersebut, sila berikan nama anda dan saya akan daftarkan ke dalam web tersebut...
Kerjasama Guru-Guru serta Staf Sokongan dapat mempermudahkan segala urusan saya mengakseskan dan mendaftar nama semua yang terlibat. Laman Perbincangan ini di buka kepada semua Guru-Guru dan semua Staf Sokongan Sekolah Kebangsaan Sungai Salleh sahaja,
terima kasih diucapkan kepada semua.

Rabu, 14 Januari 2009

ADAB-ADAB SEORANG MURID