Kami Warga Sekolah Kebangsaan Sungai Salleh Dengan Penuh Tekad dan Iltizam
Berikrar dan Berjanji Akan Menumpukan Seluruh Tenaga Dan Usaha Kami Untuk:-
- Memastikan semua kanak-kanak mengikut umur yang ditetapkan mendapat tempat belajar pada hari pertama sesi persekolahan dimulakan.
- Memastikan semua kelas mendapat peruntukan guru yang secukupnya pada minggu pertama sesi persekolahan baru dimulakan.
- Sentiasa memberi tumpuan khas perkembangan kurikulum khususnya yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran untuk meningkat prestasi pelajar dalam UPSR dan PTS.
- Sentiasa memberi perhatian kepada perkembangan ko-kurikulum khususnya dalam bidang sukan, olahraga, persatuan dan pasukan pakaian seragam dan bekerjasama dengan agensi kerajaan dalam memajukan kegiatan sokongan bagi menangani masalah murid.
- Menjaga kebajikan dan kepentingan kakitangan dan pelanggan dengan menguruskan kerja dengan cekap,cepat dan berkesan pada setiap masa.
- Memastikan pejabat sekolah sentiasa peka dan responsif kepada kehendak pelanggan dengan sentiasa memberi layanan yang mesra.
- Sentiasa berusaha meningkatkan profesionalisme keguruan dikalangan para pendidik dengan pelbagai program terancang.
- Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan, cadangan syor dan teguran yang membina dari semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik.