CUTI SEKOLAH

CUTI SEKOLAH

Khamis, 25 September 2008

KATA-KATA HIKMAH

Semangat dan azam untuk hidup hari ini tanpa kesedihan, tanpa keresahan, tanpa kemarahan, tanpa kedengkian dan tanpa kebencian. 'Berbuat baiklah hanya kerana Allah semata-mata maka anda akan menguasai keadaan, tidak akan terusik dengan kebencian dan tidak merasa terancam dengan kekejian'.




Jika anda ingin sentiasa bahagia tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan dan capailah pelbagai manfaat nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap. Ingatlah bahawa hidup akan terasa hambar dan membosankan tanpa iman dan orang yang paling berakal ialah orang yang sentiasa melakukan sesuatu untuk akhirat dengan keyakinan bahawa akhirat itu lebih baik dan kekal selamanya.


Hasil Nukilan,

LATIFAH BINTI SHAARI.