CUTI SEKOLAH

CUTI SEKOLAH

Rabu, 24 September 2008

ALUAN PK PENTADBIRAN







Assalamualaikum. Kita bersyukur ke hadrat Allah yang telah memberi kita terlalu banyak nikmat kehidupan. Salam dan selawat buat rasul junjungan. Semoga kita menjadi pendidik yang kekal sebagai pejuang anak bangsa sepanjang zaman.


Mula bertugas disini pertengahan 2003. Balik ke lubuk. Anak tempatan. 3 minit perjalanan ke sekolah. Bekas pelajar SK sungai Salleh. Belajar disini dalam darjah 3 tahun 1967. Sekolah asal ialah SK Ladang Batu Lintang. Ditutup pada tahun 1966. Tiada tukang kebun. guna tandas lubang. bila penuh ubah lubang lain. Tandas mobile. Kami adalah tukang kebun sekolah. Dalam sekolah ada mandor. Mandor menjadi pengawas yang sangat ditakuti oleh murid lain. Mandor diberi sebatang rotan. GB naik Norton 500 cc. Kereta paling top masa itu ialah Walkswagen. Murid lelaki pakai seluar pendek. Murid perempuan pakai mini skirt. Tiada kantin. Kalau bawa bekal dalam bekas jenama Tupperware, pelajar itu adalah dari golongan elit. Kami bawa air kopi dalam botol. Ditutup dengan gabus. Nasi bungkus dengan daun pisang. Telor goreng dengan kicap pekat adalah rutin. Itulah makanan yang ada. Bila makan ramai-ramai, bolehlah tukar suka sama suka.


Itulah sebahagian kehidupan.




Slogan BERSAMA MENUJU KECEMERLANGAN menjadi slogan kami. Alhamdulillah setakat ini kami banyak menempa kejayaan. Terutamanya dalam UPSR 2007. SKSS memiliki guru-guru yang hebat. Komited dan rajin.


Anda boleh menghantar terus kepada saya seperti berikut:-
Email : hashimpooy@yahoo.com.my